Selamat datang ke Kumpulan Google, dimiliki dan dikendalikan oleh Google Inc. ("Google"). Dengan menggunakan perkhidmatan Kumpulan Google ("Perkhidmatan"), anda menerima dan bersetuju untuk dibatasi tema dan syarat berikut ("Terma Perkhdimatan"). Tiada apa-apa dalam Terma Perkhidmatan harus dianggap memberi sebarang hak kepada benefisiari pihak ketiga.

1. Huraian Perkhidmatan

Perkhidmatan ini mengandungi keseluruhan arkib kumpulan perbincangan Usenet sejak 1981. Selain daripada menyediakan arkib Usenet, perkhidmatan ini juga membolehkan anda membuat dan mengekalkan Kumpulan anda sendiri. Satu "Kumpulan" terdiri daripada perbincangan dan kefungsian senarai mel World Wide Web ("Web") yang membolehkan kumpulan berkomunikasi dengan satu sama lain melalui Internet. Kandungan bagi setiap Kumpulan disimpan oleh Google dan dijadikan boleh dicari dan boleh disemak imbas pada Web.

Melainkan dinyatakan dengan jelas sebaliknya, Perkhidmatan boleh diubah suai atau ditamatkan pada bila-bila masa oleh Google kerana sebarang sebab, tanpa liabiliti kepada anda, mana-mana pengguna lain Perkhidmatan atau mana-mana pihak ketiga. Sebarang ciri baru yang menambah atau meningkatkan Perkhidmatan semasa akan tertakluk kepada Terma Perkhidmatan.

2. Perubahan kepada Terma Perkhidmatan

Terma Perkhidmatan perkhidmatan ini tertakluk kepada kemas kinian oleh Google pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis, dan anda boleh meninjau kembali versi yang paling semasa dalam talian pada bila-bila masa di http://groups.google.com/googlegroups/terms_of_service3.html.

3. Pendaftaran

Apabila anda berdaftar untuk Kumpulan Google, anda mesti menyediakan maklumat pendaftaran yang benar, tepat dan lengkap. Sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran, anda akan diminta untuk memilih nama pengguna dan kata laluan dan anda akan bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang dijalankan di bawah nama pengguna anda dan untuk menjaga keselamatan kata laluan anda.

Bagi mematuhi Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak, pada masa ini Kumpulan Google hanya tersedia kepada pengguna yang berumur sekurang-kurangnya 13 tahun. Jika anda berumur di bawah 13 tahun, anda tidak boleh berdaftar untuk menggunakan perkhidmatan Kumpulan Google.

4. Penggunaan Bahan

Kandungan dalam Perkhidmatan dilindungi hak cipta dan undang-undang lain di kedua-dua Amerika Syarikat dan di tempat lain. Perkhidmatan ini merangkumi kedua-dua kandungan yang dimiliki atau dikawal oleh Google dan juga kandungan yang dimiliki atu dikawal oleh pihak ketiga dan dilesenkan kepada Google (secara bersama, "Bahan").

Google membenarkan anda melihat dan memuat turun salinan tunggal Bahan hanya untuk penggunaan peribadi, bukan komersial anda. Anda tidak boleh menjual atau mengubah suai Bahan atau mengeluarkannya semula, memaparkannya, mempersembahkannya di khalayak umum, mengedar, atau menggunakan Bahan ini dengan apa-apa cara lain bagi tujuan awam atau komersial tanpa kebenaran bertulis daripada Google. Peraturan khas mungkin dikenakan pada penggunaan perisian tertentu dan item lain yang disediakan melalui Perkhidmatan, dan dicatat di mana sesuai.

Jika anda mengingini maklumat mengenai mendapatkan kebenaran Google untuk menggunakan sebarang Bahan pada tapak Web anda, sila hantar e-mel kepada groups-support@google.com.

5. Kandungan

Tanggungjawab Anda. Anda memahami bahawa semua data, teks, maklumat , pautan dan kandungan lain (secara kolektif, "Kandungan"), sama ada disiarkan di kumpulan awam atau terhad, adalah tanggungjawab tunggal orang yang Kandungan ini diperolehi. Ini bermakna bahawa anda, dan bukan Google bertanggungjawab ke atas semua Kandungan yang anda terbitkan, siarkan, muat naik, edarkan, hebahkan atau hantar dengan cara selainnya (secara kolektif, "Siar") melalui Perkhidmatan. Anda memahami bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mungkin terdedah kepada Kandungan yang menjelikkan, lucah atau sangat tidak menyenangkan. Google tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara dan dalam keadaaan apa sekali pun ke atas Kandungan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, bagi sebarang ralat atau peninggalan dalam sebarang Kandungan, atau bagi sebarang kehilangan atau kerosakan apa jenis sekali pun yang terjadi hasil daripada penggunaan apa-apa Kandungan Yang Disiarkan melalui Perkhidmatan. Anda bersetuju bahawa anda mesti menilai dan menanggung semua risiko yang dikaitkan dengan, penggunaan apa-apa Kandungan, termasuk sebarang kebergantungan kepada ketepatan, kelengkapan atau kebergunaan Kandungan tersebut. Anda memahami bahawa pemprosesan dan penghantaran teknikal Perkhidmatan, termasuk Kandungan, mungkin melibatkan (a) penghantaran melalui pelbagai rangkaian; dan (b) perubahan supaya akur dan suai kepada keperluan teknikal penyambungan rangkaian atau peranti.

Hak dan Tanggungjawab Pemilik Kumpulan. Pemilik Kumpulan mempunyai kemampuan dan tanggungjawab tambahan berkenaan ahli dan Kandungan Kumpulan. Pemilik Kumpulan menentukan sama ada Kumpulan dihadkan kepada ahli tertentu atau boleh diakses oleh orang awam pada umumnya, dan Pemilik boleh menukar akses kepada Kumpulan pada bila-bila masa. Dalam Kumpulan yang terhad, Pemilik menentukan siapa yang boleh menjadi ahli Kumpulan dan boleh mengakses dan menukar senarai keahlian mengikut budi bicara beliau semata-mata. Pemilik Kumpulan boleh, pada bila-bila masa, memindahkan pemilikannya kepada pengguna Kumpulan Google lain. Berkenaan Kandungan, Pemilik Kumpulan akan bertanggungjawab bagi penyelenggaran dan pengawasan Kandungan dalam Kumpulan, termasuk memadam mana-mana Kumpulan, Kandungan atau Kandungan yang diarkib pada bila-bila masa dan menurut budi bicaranya.

Pemilik Kumpulan Mesti Menandakan Kandungan Yang Ternyata Seksual. Jika anda membuat Kumpulan yang mengandungi Kandungan yang ternyata seksual yang tidak sesuai untuk orang di bawah umur, anda bersetuju untuk menandakan Kumpulan sebagai demikian. Jika Kumpulan anda mengandungi Kandungan yang ternyata seksual dan anda tidak menandakan Kumpulan sebagai demikian, Google akan mempunyai hak untuk memadam Kumpulan anda, termasuk semua mesej yang disiarkan pada Kumpulan tersebut.

Hak Google. Anda mengakui bahawa Google tidak menskrin terdahulu, mengawal, mengedit atau mengendors Kandungan yang disediakan melalui Perkhidmatan dan tidak mempunyai obligasi untuk mengawasi Kandungan Yang Disiarkan melalui Perkhidmatan. Jika Google mendapati kandungan yang seolah-olahnya tidak akur kepada Terma Perkhidmatan, Google boleh menyiasat dan menentukan secara jujur dan menurut budi bicaranya semata-mata, sama ada untuk mengeluarkan Kandungan. Google tidak mempunyai liabiliti atau bertanggungjawab untuk prestasi atau sebaliknya bagi aktiviti tersebut. Anda mengakui bahawa Kumpulan tertentu yang tersedia melalui Perkhidmatan hanya tersedia melalui Perkhidmatan dan yang lain adalah tersedia kedua-duanya melalui Perkhidmatan dan sumber lain, seperti Usenet, yang mana Google tidak mempunyai sebarang kawalan ke atasnya sama sekali.

Pengeluaran Kandungan dan Pengarkiban. Jika anda bukan merupakan Pemilik Kumpulan, anda boleh (1) memohon pengeluaran mesej yang telah anda Siarkan sendiri atau (2) mencegah pengarkiban mesej anda. (Untuk maklumat lanjut mengenai pencegahan pengarkiban, sila lihat SOALAN LAZIM.) kita. Anda bersetuju untuk menyelesaikan secara langsung atau secara eksklusif , dengan pihak ketiga, apa-apa pertikaian yang anda dapati berkenaan mesej yang mereka siarkan atau anda boleh menghubungi Pemilik Kumpulan untuk memohon pengeluaran. Berkenaan perkara ini, anda memahami bahawa Google tidak mengawasi atau mengawal kandungan maklumat Yang Disiarkan oleh orang lain, dan sebaliknya hanya menyediakan perkhidmatan dengan membenarkan pengguna untuk mengakses maklumat yang telah tersedia.

6. Tingkah laku Sesuai

Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab ke atas kelakuan dan komunikasi anda sendiri semasa menggunakan Perkhidmatan dan ke atas apa-apa akibat yang timbul daripadanya. Anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan hanya untuk menghantar dan menerima mesej dan bahan yang sah, betul dan berkaitan dengan Kumpulan tersebut. Melalui teladan, dan bukan sebagai had, anda bersetuju bahawa semasa menggunakan Perkhidmatan, anda tidak akan:

  • memfitnah, menyalahgunakan, menganggu, menghendap, mengancam atau melanggar hak yang sah dengan cara lain (seperti hak privasi dan publisiti) orang lain;
  • menyiarkan apa-apa Kandungan tidak sesuai, memfitnah, menceroboh, lucah atau yang melanggar undang-undang;
  • menyiarkan apa-apa Kandungan yang menyalahi mana-mana paten, tanda dagangan, hak cipta, rahsia perdagangan atau lain-lain hak proprietari mana-mana pihak ( "Hak"), melainkan anda pemilik Hak tersebut atau mempunyai kebenaran pemilik untuk Menyiarkan Kandungan tersebut;
  • menyiarkan mesej yang mempromosikan skim piramid, surat berantai atau mesej komersial yang menimbulkan gangguan atau iklan atau apa sahaja yang dilarang oleh pemilik Kumpulan.
  • memuat turun apa-apa fail Yang Disiarkan oleh pengguna lain dari Kumpulan yang anda ketahui, atau harus tahu, yang tidak boleh diedarkan secara sah dengan cara sedemikian;
  • menyamar sebagai orang atau entiti lain, atau memalsukan atau memadam apa-apa atribusi penulis, undang-undang atau lain-lain notis yang betul atau pelantikan proprietari atau label asal atau sumber perisian atau bahan lain yang terkandung dalam fail yang Disiarkan;
  • menyekat atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada mengguna dan menikmati Perkhidmatan;
  • menggunakan Perkhidmatan bagi apa-apa tujuan tidak sah atau tidak dibenarkan;
  • mengeluarkan apa-apa notis hak cipta, tanda dagangan atau lain-lain hak proprietari yang terkadung dalam atau pada Perkhidmatan;
  • menggendala atau mengganggu Perkhidmatan atau pelayan atau rangkaian yang bersambung kepada Perkhidmatan, atau tidak mematuhi apa-apa peraturan, prosedur, dasar atau pengawalaturan rangkaian yang bersambung kepada Perkhidmatan;
  • menggunakan apa-apa robot, spider, aplikasi carian/pengambilan tapak, atau peranti lain untuk mengambil atau mengindeks mana-mana bahagian Perkhidmatan atau mengumpul maklumat mengenai pengguna bagi sebarang tujuan yang tidak dibenarkan;
  • menyerah Kandungan yang secara palsu atau tersirat, menyatakan bahawa Kandungan tersebut adalah dibiayai atau diendors oleh Google;
  • membuat akaun pengguna dengan cara automatik atau di bawah dakwaan palsu atau melibatkan penipuan;
  • mempromosikan atau menyediakan maklumat terarah mengenai aktiviti tidak sah atau mempromosikan mudarat fizikal atau kecederaan terhadap mana-mana kumpulan atau individu; atau
  • menghantar apa-apa virus, cacing, kecacatan, kuda Troy atau mana-mana item bersifat pemusnah. Pengguna antarabangsa bersetuju untuk akur dengan peraturan tempatan sendiri berkenaan kelakuan dalam talian dan kandungan yang diterima, termasuk undang-undang yang mengawal eksport data ke Amerika Syarikat atau negara tempat tinggal anda.

    Sementara Google melarang kelakuan sedemikian dan Kandungan yang berkenaan dengan Perkhidmatan, anda memahami dan bersetuju bahawa anda juga boleh terdedah kepada kelakuan sedemikian dan/atau Kandungan dan bahawa anda menggunakan Perkhidmatan ini atas risiko sendiri.

    7. Hak Proprietari

    Hak Google

    Google dan ahli gabungan dan pelesennya memiliki dan mengekalkan semua hak dalam Perkhidmatan, yang mengandungi maklumat proprietari dan maklumat sulit yang dilindungi oleh undang-undang harta intelektual dan undang-undang lain. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Google, anda tidak boleh menyalin, menerbit, menghantar, mengedar, mempersembahkan, memaparkan atau menjual mana-mana maklumat proprietari Google. "GOOGLE", logo "GOOGLE" dan "GOOGLE GROUPS" adalah tanda dagangan Google.

    Hak Anda

    Google tidak membuat tuntutan pemilikan atau kewalan ke atas mana-mana Kandungan yang diserah, Disiarkan atau dipaparkan melalui anda pada atau melalui Perkhidmatan. Anda atau pelesen pihak ketiga, yang mana yang sesuai, mengekalkan semua paten, tanda dagangan dan hak cipta bagi mana-mana Kandungan yang anda serahkan, Siarkan atau paparkan pada atau melalui Perkhidmatan dan anda bertanggungjawab untuk melindungi hak tersebut, sebagaimana sesuai. Dengan meyerahkan, Menyiarkan atau memaparkan Kandungan pada atau melalui Perkhidmatan, anda memberi Google lesen seluruh dunia, tidak eksklusif, bebas royalti untuk mengeluarkan, mengadaptasikan dan menerbitkan Kandungan tersebut pada Perkhidmatan hanya semata-mata untuk tujuan memaparkan, mengedar dan mempromosikan Perkhidmatan atau lain-lain Perkhidmatan Google yang lain. Lesen ini tamat apabila kandungan sedemikian dipadam daripada Perkhidmatan. Google berhak untuk mensindiketkan Kandungan yang diserah, Disiarkan atau dipaparkan melalui anda atau melalui Perkhidmatan dan menggunakan Kandungan tersebut dalam kaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google.

    Akta Hak Cipta Digital Millennium

    Adalah menjadi dasar kami untuk memberi respons kepada notis dakwaan perlanggaran yang akur kepada Akta Hak Cipta Digital Millenium. Untuk mendapatkan arah dan maklumat lanjut, siila lihat http://www.google.com/dmca.html.

    8. Amalan Umum Berkenaan Penggunaan dan Penyimpanan

    Anda bersetuju bahwa Google tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti bagi pemadaman atau kegagalan untuk menyimpan apa-apa Kandungan yang diselenggarakan atau Disiarkan oleh atau melalui Perkhidmatan ini. Anda mengakui bahawa Google tidak menetapkan had atas yang tetap pada bilangan penghantaran yang boleh anda hantar atau terima melalui Perkhidmatan atau jumlah ruang penyimpanan yang digunakan; walaubagaimana pun, kami mengekalkan hak, menurut budi bicara kami semata-mata untuk membuat had pada bila-bila masa dengan dan tanpa notis.

    9. Pautan

    Perkhidmatan ini boleh menyediakan, atau pihak ketiga boleh menyediakan pautan kepada lain-lain tapak atau sumber World Wide Web. Oleh kerana Google tidak mempunyai kawalan ke atas tapak dan sumber sedemikian, anda mengakui dan bersetuju bahawa Google tidak bertanggjungjawab bagi ketersediaan tapak atau sumber luaran sedemikian, dan tidak mengendors dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kandungan pada atau tersedia dari tapak atau sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Google tidak akan bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kerosakan atau kehilangan yang disebabkan atau didakwa telah disebabkan atau berhubungan dengan penggunaan atau pergantungan pada sebarang kandungan tersebut yang tersedia pada atau melalui mana-mana tapak atau sumber sedemikian.

    10. Iklan

    Kumpulan Google adalah perkhidmatan yang disokong oleh iklan. Oleh kerana itu, kami memaparkan iklan dan promosi pada Perkhidmatan. Gaya, mod dan takat pengiklanan oleh Google pada Perkhidmatan tertakluk kepada perubahan. Anda bersetuju bahawa Google tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau apa-apa jenis kerosakan yang disebabkan oleh sebarang perlakuan sedemikian atau hasil daripada kehadiran pengiklan tersebut pada Perkhidmatan.

    11. Privasi Pengguna

    Sebagai syarat kepada penggunaan Perkhidmatan ini, anda bersetuju kepada terma Dasar Privasi Kumpulan Google, kerana ia mungkin ditukar dari masa ke masa. Google akan menyediakan anda dengan notis terhadap apa-apa perubahan ketara dengan meletakkan pautan pada halaman utama Kumpulan Google atau melalui e-mel. Anda memahami dan bersetuju bahawa Google boleh mengakses, memelihara dan mendedahkan maklumat peribadi anda dan kandungan akaun anda untuk menyediakan Perkhidmatan atau jika diminta berbuat demikian oleh undang-undang atau dengan kepercayaan secara jujur bahawa pemeliharaan atau pendedahan akses sedemikian adalah diperlukan secara berpatutan agar akur dengan proses undang-undang atau melindungi hak, harta dan/atau keselamatan Google, ahli gabungannya atau orang awam. Maklumat peribadi yang dikumpul oleh Google boleh disimpan dan diproses di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain di mana Google atau agennya mempunyai kemudahan. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju kepada sebarang pemindahan maklumat ke luar negara anda yang sedemikian.

    Bagi huraian penuh mengenai bagaimana Google menyelenggarakan maklumat peribadi yang anda beri, sila lihat Dasar Privasikami.

    12. Penafian Jaminan


    Google dan ahli gabungannya, pelesen, rakan kongsi, pembekal, perunding dan agen ("Entiti Google") menafikan sebarang dan semua tanggungjawab bagi ketepatan, kandungan, kesempurnaan, keundangan, kebolehpercayaan atau pengendalian atau ketersediaan maklumat atau Kandungan yang dipaparkan pada Perkhidmatan. Entiti Google menafikan sebarang dan semua tanggungjawab bagi tingkahlaku anda dan bagi tingkahlaku orang lain yang menggunakan Perkhidmatan ini.

    PERKHIDMATAN INI, DAN SEMUA KANDUNGAN, MAKLUMAT (TERMASUK, TANPA HAD, SEBARANG MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN YANG DIPEROLEHI ATAU DIAKSES MELALUI PERKHIDMATAN INI), PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG TERMASUK DI SINI DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA ADANYA" DENGAN TIADA JAMINAN SAMA SEKALI. ENTITI GOOGLE SECARA JELAS MENAFIKAN KEPADA HAD YANG PALING TINGGI YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG BAGI SEMUA JAMINAN JELAS, TERSIRAT, DAN BERKANUN TERMASUK, TANPA HAD, JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KETAHANAN TERHADAP KEGUNAAN TERTENTU, DAN KETIDAK-LANGGARAN HAK MILIKAN. Sesetengah negeri tidak membenarkan pengecualian atau penghadan bagi jaminan yang tersirat, oleh itu penafian dan pengecualian di atas mungkin tidak tertakluk kepada anda.

    ANDA BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PERKHIDMATAN ADALAH ATAS RISIKO ANDA SEPENUHNYA.

    13. Mempertahankan Tidak Bersalah dan Perlindungan

    Anda bersetuju untuk mempertahankan dan melindungi Google daripada dan terhadap sebarang tuntutan pihak ketiga yang timbul dari atau dengan apa cara sekali pun berkaitan dengan penggunaan anda terhadap Perkhidmatan ini, termasuk sebarang liabiliti atau perbelanjaan yang timbul daripada semua tuntutan, kehilangan, kerosakan (yang sebenar dan atas sebab), guaman, pertimbangan, kos litigasi dan yuran wakil, daripada setiap jenis dan keadaan. Dalam kes sedemikian, Google akan menyediakan anda degan notis bertulis mengenai tuntutan, guaman atau tindakan tersebut.

    14. Pembatasan Liabiliti


    GOOGLE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM APA CARA DAN DALAM KEADAAN APA SEKALI PUN KEPADA ANDA BAGI SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, ATAS SEBAB, KHAS ATAU CONTOH YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI, SAMA ADA GOOGLE TELAH DINASIHATI MENGENAI KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN ATAU PUN TIDAK. PEMBATASAN LIABILITI SEDEMIKIAN AKAN BERKENAAN (I) SAMA ADA KEROSAKAN TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU PENYALAHGUNAAN DAN KEBERGANTUNGAN PADA PERKHIDMATAN, DARIPADA KETIDAKBOLEHAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ATAU DARIPADA GANGGUAN, PENGGANTUNGAN ATAU PENAMATAN PERKHIDMATAN (TERMASUK KEROSAKAN SEDEMIKIAN YANG DISEBABKAN OLEH PIHAK KETIGA), DAN (II) MESKIPUN SEBARANG KEGAGALAN TUJUAN PERLU SEBARANG PEMULIHAN YANG TERHAD DAN KEPADA HAD PALING TINGGI YANG DIBENARKAN UNDANG-UNDANG. Sesetengah negeri tidak membenarkan pengecualian atau penghadan bagi kerosakan sampingan atau atas sebab, oleh itu penafian dan pengecualian di atas mungkin tidak tertakluk kepada anda. GOOGLE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM APA CARA DAN DALAM KEADAAN APA SEKALI PUN KEPADA ANDA BAGI SEBARANG JUMLAH MELEBIHI SATU RIBU DOLAR ($1000.00).

    15. Syarat dan Penamatan

    Syarat-syarat Perkhidmatan ini akan berkenaan kepada penggunaan anda terhadap Perkhidmatan ini. Anda boleh menamatkan penggunaan Perkhidmatan ini serta merta pada bila-bila masa, atas sebarang sebab, dengan menghubungi sokongan pelanggan. Kami boleh menamatkan penggunaan anda terhadap Perkhidmatan ini dengan serta merta pada bila-bila masa, atas sebarang sebab, dan pada masa tersebut anda tidak akan mempunyai hak untuk menggunakan Perkhidmatan ini. Hak proprietari kami, penafian jaminan, pembayaran ganti rugi, pembatasan liabiliti dan lain-lain peruntukan akan terus bertahan terhadap sebarang penamatan sedemikian.

    16. Notis

    Google mungkin menyediakan anda dengan notis berkenaan Perkhidmatan ini atau terma Perkhidmatan melalui e-mel atau siaran kepada tapak Web ini.

    17. Peruntukan Lain

    Terma Perkhidmatan ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut peraturan Negeri California, tanpa memberi kesan kepada perselisihan peruntukan undang-undang atau negeri sebenar anda atau negeri anda bermastautin. Pihak berkenaan bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa peribadi dan eksklusif mahkamah yang terletak dalam County of Santa Clara, California. Jika atas sebarang sebab mahkamah dengan bidang kuasa yang mencukupi menemui sebarang peruntukan atau sebahagian Terma Perkhidmatan tidak boleh dikuatkuasakan, Terma Perkhidmatan yang selebihnya akan diteruskan dengan kuasa dan kesan penuh. Anda tidak akan menyerahkan hak Terma Perkhidmatan ini atau menyerahkan hak atau mewakilkan sebarang obligasi di sini, keseluruhannya atau sebahagian daripadanya, sama ada secara sukarela atau dengan penguatkuasaan undang-undang, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada kami. Sebarang penyerahan hak atau perwakilan dianggap batal dan tak sah dan tidak berkuasa atau berkesan.

    Tanpa mengehadkan yang disebut di atas, Google tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara dan dalam keadaan apa sekali pun bagi sebarang penangguhan atau kegagalan dalam prestasi yang terjadi, secara langsung atau tidak langsung dari bencana semula jadi, kuasa, atau sebab melebihi kawalan yang berpatutan, termasuk, tanpa had, kegagalan Internet, kegagalan kelengkapan komuter, kegagalan kelengkapan telekomunikasi, kegagalan kelengkapan lain, kegagalan bekalan elektrik, mogok, pertikaian buruh, rusuhan, pemberontakan, gangguan sivil, kekurangan tenaga kerja atau bahan, kebakaran, banjir, ribut, letupan, bencana alam, peperangan, tindakan kerajaan, perintah mahkamah domestik atau mahkamah asing atau tribunal, ketiadaan prestasi pihak ketiga, atau kehilangan atau turun naik dalam haba, cahaya atau penyamanan udara.

    Terma Perkhidmatan ini membentuk semua perjanjian antara anda dengan Google merujuk kepada isi tersebut dan mengatasi dan menggantikan semua persefahaman atau persetujuan sebelumnya atau sezaman, bertulis atau secara lisan, mengenai isi tersebut. Sebarang penepian bagi apa-apa peruntukan Terma Perkhidmatan oleh sesuatu pihak akan menjadi efektif hanya jika bertulis dan ditandatangani oleh pihak tersebut.

  •  


    ©2008 Google  -  Terma Perkhidmatan - Dasar Privasi - Bantuan - Kumpulan Google