|
Notis Privasi Kumpulan Google
Julai 2006
Dasar Privasi Google menghuraikan bagaimana kami memperlakukan maklumat peribadi apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan Google, termasuk maklumat yang diberi apabila anda menggunakan Kumpulan Google. Selain itu, yang berikut ini menghuraikan amalan privasi kami yang tertentu bagi Kumpulan Google.
Maklumat peribadi
- Anda memerlukan Akaun Google untuk membuat kumpulan atau menampal komen dalam perkhidmatan Kumpulan Google. Google meminta sedikit maklumat peribadi apabila anda membuat Akaun Google, termasuk alamat e-mel dan kata laluan anda, yang digunakan untuk melindungi akaun anda dari akses yang tidak dibenarkan. Akaun Google membenarkan anda mengakses banyak daripada perkhidmatan kami yang memerlukan pendaftaran. Anda boleh membaca dan mencari komen dalam kumpulan awam tanpa berdaftar untuk akaun.
- Kandungan tampalan, halaman tersuai dan fail, termasuk apa-apa teks, imej, foto, video dan audio, yang anda serahkan kepada Kumpulan Google disimpan dan dikekalkan pada pelayan Google agar dapat menerbitkan item ini dan menyediakan perkhidmatan.. Kandungan anda yang diserahkan akan dikaitkan dengan profil anda, jika anda telah melengkapkannya, atau " tersembunyi" versi alamat e-mel anda, jika anda belum lagi. Kami menyembunyikan e-mel anda dalam usaha untuk melindungi pengguna dari perisian pengambilan e-mel dan bots. Sila perhatikan bahawa Google tidak boleh menyembunyikan apa-apa kandungan, termasuk alamat e-mel, yang benar-benar berada pada halaman tersuai anda.
- Jika anda mempunyai Akaun Google dan merupakan seorang ahli Kumpulan, anda boleh membuat profil awam yang merangkumi maklumat peribadi tertentu, termauk nama anda, kedudukan geografi, alamat e-mel dan lain-lain maklumat pengguna dan kandungan. Apabila pengguna melihat profil anda, mereka akan melihat maklumat profil dan juga pautan kepada siaran, halaman tersuai dan fail yang biasanya mereka boleh mengakses. Jika anda tidak membuat profil, hanya versi "tersembunyi" alamat e-mel Akaun Google anda akan terpapar dengan kandungan yang telah anda serahkan.
- Google mengumpul dan mengekalkan maklumat mengenai aktiviti akaun anda, termasuk kumpulan yang anda sertai atau urus, senarai ahli-ahli lain atau yang dijemput dalam kumpulan tersebut, mesej atau topik yang anda kesan, halaman tersuai yang anda buat atau edit, penialaian yang anda buat dan seting kegemaran anda semasa menggunakan Kumpulan Google.
Penggunaan
- Maklumat dan kandungan yang anda siarkan dalam Kumpulan Google termasuk maklumat tajuk, nama samaran dan alamat e-mel yang dikaitkan dengan pos tersebut akan dipaparkan kepada pengguna yang boleh mengkases kumpulan tersebut. Sama juga, semua maklumat yang anda masukkan dalam profil pengguna anda boleh dilihat oleh orang lain. Pemilik Kumpulan Google menentukan siapa berada dalam kumpulan dan sama ada perbincangan adalah umum atau terhad. Oleh itu kumpulan mungkin merangkumi orang yang tidak anda kenali. Berhati-hati apabila menyiarkan maklumat peribadi dalam kumpulan, terutamanya maklumat sensitif seperti nombor keselamatan sosial, maklumat kewangan atau alamat rumah atau nombor telefon.
Pilihan anda
- Anda boleh mengemaskini, menukar atau menyahdayakan profil pengguna anda pada bila-bila masa dengan pergi ke halaman profil anda.
- Anda boleh meminta siaran anda sendiri dinyahdayakan, berhenti melanggan atau menamatkan Akaun Google anda. Sila lihat Pusat Bantuan Kumpulan untuk maklumat tertentu.
- Anda juga boleh menukar seting Kumpulan Google anda dengan merakam masuk pada Halaman utama kumpulan pada bila-bila masa.
Maklumat lanjut
Google berpegang teguh kepada prisip privasi Safe Harbor AS. Untuk mendapatkan makumat lanjut mengenai rangka kerja Safe Harbor atau pendaftaran kami, lihat Tapak web Jabatan Perdagangan.
Maklumat lanjut mengenai Kumpulan Google boleh didapati di sini.
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai amalan privasi kami, pergi ke dasar privasi penuh. Jika anda mempunyai soalan tambahan, sila hubungi kami pada bila-bila masa. Atau tulis kepada kami di:
Privacy Matters
c/o Google Inc.
1600 Amphitheatre Parkway
Mountain View CA 94043 (USA) |
|